NEW DELHI: Bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan yang baharu.
Muhammad Aurangzeb, merupakan tokoh perbankan, dilantik Menteri Kewangan baharu.
Presiden Asif Ali Zardari menyaksikan majlis angkat sumpah jawatan kedua-dua menteri baharu dalam kerajaan Perdana Menteri Shehbaz Sharif di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr, di Islamabad pada Isnin.
Aurangzeb meletak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Habib Bank Limited (HBL), bank terbesar Pakistan sebelum menyertai Kabinet Shehbaz yang dianggotai 19 menteri.
Dar bekas Menteri Kewangan empat kali adalah penyokong setia abang Shehbaz yang juga bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif.
Dar yang merupakan akauntan bertauliah, kembali ke Pakistan dari London pada September 2022 selepas bersuaka kira-kira lima tahun.
Nawaz, yang menyokong Shehbaz untuk jawatan Perdana Menteri, kembali ke Pakistan pada Oktober 2023 selepas empat tahun memilih hidup dalam buangan di United Kingdom.
Dalam portfolio penting lain, Khawaja Mohammad Asif berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, jawatan yang disandangnya semasa Shehbaz kali pertama dilantik sebagai Perdana Menteri antara April 2022 dan Ogos 2023 berikutan penyingkiran kontroversi Imran Khan sebagai Perdana Menteri dalam undi tidak percaya di Parlimen.
Mohsin Naqvi, bekas Ketua Menteri sementara wilayah Punjab, memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Dar yang merupakan akauntan bertauliah, kembali ke Pakistan dari London pada September 2022 selepas bersuaka kira-kira lima tahun. - Gambar fail/ Reuters
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan
Bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan yang baharu.
Sekutu bekas PM Nawaz Sharif dilantik sebagai Menteri Kewangan Pakistan
Ahli politik kanan Pakistan Ishaq Dar, seorang penyokong setia bekas perdana menteri Nawaz Sharif, dilantik sebagai menteri kewangan baharu negara itu pada Rabu.
Muhammad Ishaq bakal jawat Menteri Kewangan Pakistan buat kali kelima
Bekas Menteri Kewangan Pakistan, Muhammad Ishaq Dar dijangka mengambil alih semula jawatan itu semula berikutan peletakan jawatan Miftah Ismail.
Nawaz Sharif bentuk kabinet 25 menteri
Ishaq Dar dijangka kekal sebagai Menteri Kewangan dan dua wanita juga dijangka dilantik sebagai menteri.